Blogger Layouts

COLOUR OF LIFE

JIWA RAGAKU....

Daisypath Anniversary tickers

BUCUK MAMA!!!!!

Lilypie Second Birthday tickers

Followers

Wednesday, February 29, 2012

Cross StitCh - Buah-buahan


sorry image kureng memuaskan hehehe....

Ok.... ni adalah gambaq @ projek terbaru cross stitch aku hehhehe....aku dh mula buat tapi baru ja...tarikh mula x brapa ingat la..hehehe..k la..nanti aku update gambaq terbaru setakat mana yg aku dh siapkan na....... Actually ada byk lagi project CS menanti untuk dikerjakan ni yg buatkan aku geram dan x sabaq nk hbs kan yg ni...hehehe..gelojoh betui kan???

Friday, February 24, 2012

Segmen: "Tambah Follower Sampai Pengsan"



ASSALAMUALAIKUM




Hmmmm....tambah "TAMBAH FOLLOWER SAMPAI PENGSAN"!!!! Mmg dahsyat bunyinya kan hehhehe....actually dh byk hari dok usha tapi x sempat nk join...so harini try gak spend masa nk join....hrp2 sudila terima ye....ahaks!!!!


JOM KITA TAMBAH FOLLOWER!!!!!!!!!!!!!!!


sapa2 yang nk join leh klik SINI no......

Tarikh tutup : 03 Mac 2012



Friday, February 17, 2012

TAKZIAH

Aku nak ucapkan takziah kepada keluarga adik ipar aku atas pemergian insan tersayang Siti Nur Balqis yang baru berusia 7 bulan yang telah selamat kembali ke pangkuanNya pada 15 Februari 2012 akibat tersedak susu dan susu telah masuk ke paru-paru. Kisah arwah ada masuk dalam paper harini.... Semoga ibunya kuat menghadapi dugaan daripada Yang Maha Esa. Setiap yang hidup pastikan mati.

Thursday, February 9, 2012

URUS WANG CARA SISTEM SAMPUL SURAT

Aku ada terbaca satu artikel dan nak share manala tau kot2 boleh di praktikkan, actually aku pernah try tapi x sepenuhnya la...coz xdak disiplin hehehe.... Klau berjaya kira ok la 
  


  SEDIAKAN BAJET
           
              ~ Buat bajet bulanan untuk kenal pasti aliran tunai sebenar belanjawan pada akhir bulan. Kenal pasti                
                 jumlah pendapatan atau sumber kewangan pada bulan tersebut dan jumlah perbelanjaan yang 
                 akan digunakan. Catatkan semuanyadi dalam sebuah buku khas sebagai rujukan.


  BAHAGIKAN PERBELANJAAN IKUT KATEGORI

              ~ Teliti bajet anda dan bahagikan kepada beberapa kategori seperti barangan dapur, petrol,  
                  pakaian, bayaran kereta dan rumah. Agar lebih efektif, anda dicadangkan menggunakan sampul
                  surat berlainan warna atau pun beg kecil2 tu pun boleh untuk setiap perbelanjaan atau kegunaan.
              ~ Contohnya barang dapur sampul merah dan barang anak sampul hijau. Perbezaan warna ini
                 akan membantu anda agar tidak mencampuradukkan perbelanjaan. Selain itu, anda juga perlu
                 melabel jenis kegunaan di sampul surat agar tidak tersalah ambil sampul.


   ISI WANG DALAM SAMPUL

              ~ Selepas itu, isi sampul dengan wang yang diperuntukkan dalam bajet mengikut kategori. Jangan
                 kurangkan atau lebihkan wang sebaliknya ikut bajet yang anda lakukan agar sistem ini berjaya
                 dilaksanakan.


   BELANJAKAN WANG IKUT BAJET
   
              ~ Belanjakan wang yang diperuntukkan mengikut kategori sampul surat. Contohnya, untuk
                 pembelian barang dapur gunakan wang daripada sampul kategori barang dapur. Semak atau
                 teliti kategori sampul yang bukan keperluan seperti hiburan, anda boleh kurangkan bajet untuk
                 melunaskan hutang atau simpanan.


   ISI SEMULA BAJET UNTUK BULAN DEPAN

              ~ Setiap bulan adalah peluang baru dalam menyediakan bajet anda. Seterusnya ulangi langkah yang 
                 sama untuk masa akan datang. Bagi anda yang masih baru mengaplikasikan sistem sampul, jangan
                 cepat putus asa jika ia tidak berjaya. Teruskan usaha dan disiplinkan diri anda.


TIP AGAR BERJAYA


 JANGAN BAZIRKAN LEBIHAN WANG



Buang sifat boros, jika masih ada baki dalam sampul surat jangan habiskan tetapi simpan untuk kegunaan bulan depan dan hanya perlu tambah bagi mencukupi jumlah perbelanjaan sebulan. Lebihan wang secara keseluruhan, anda masukkan ke dalam simpanan tetap.


 USAH CAMPUR ADUK PENGGUNAAN SAMPUL

INGAT!!! Satu sampul surat satu tujuan perbelanjaan. Jangan sesekali campur aduk pelbagai tujuan dalam satu sampul. Jika anda campur aduk, anda akan merosakkan teknik sampul surat ini. Jangan lebihkan atau kurangkan wang untuk pelbagai alasan. Disiplin ini akan membantu anda kekal pada bajet yang anda rancang. 


 SENTIASA PERIKSA BAKI

Anda mesti sentiasa peka dan memeriksa baki semasa wang di dalam sampul. Contohnya, sampul surat perbelanjaan barang dapur. Tindakan ini amat penting agar anda tidak terlebih belanja. Apabila anda mengetahui baki dalam sampul surat, anda juga perlu berhati-hati berbelanja agar bajet bulan tersebut tidak tersasar.


 SIMPAN RESIT

Setiap kali membelanjakan wang, masukkan resit ke dalam sampul surat. Tindakan ini akan membantu anda mengesan ke mana wang anda mengalir. Ia juga membantu anda membandingkan harga.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...