Pengalaman aku masa bersalin dulu agak tragis gak la...aku dh la overdue...mmg x rasa cam nk bersalin langsung....doktor sruh admit pada 30 Mac 2010 so pagi tu aku dgn husband dan lagi p bersarapan kat kedai mkn roti canai hehhehe yela dh x skt hehehehe...
Aku sebenarnya mls nk p lagi berat ja hati sbb x pernah msk wad huhu tapi nak wat camna..lps mkn tu terus daftar msk...dh tukar baju apa semua nk kena tunggu lagi...katanya doktor nk chck dh buka brapa cm...hohoho....prasaan time tu xtau nk katala....
Dari pemeriksaan dktr ckp x buka langsung...hahahha mmg dhsyat...apa lagi tunggu kat wad la...dia kata klau x buka 3 cm nk mskkan ubat hoho...seperti dijangka ubat dimasukkan kali pertama tetapi msh tidak berhasil....aku msh perlu menunggu lagi...skt hanya sementara...ubat kedua dimasukkan....kali ni sakit agak kuat tetapi cmtu gak la....sat ja...aku tunggu lagi ingatkan dh buka byk...tapi hampa....hanya 2cm...jiran2 sewad dh keluar msk....silih berganti aku ja yg dok tercongok lagi kat wad ni....huhuu....
Pagi 1 April 2010 aku dipanggil sekali lagi oleh doktor ntuk check tgk dh brapa cm...dia kata klau msh x buka 3cm ubat akan dimasukkan bt kali ke 3...hmmmmmm.....aku hanya berserah....akhirnya...ada berita gembira dh buka 3 cm...aku disuruh mkn sepuasnya sblm msk ke labour room....
Aku ingatkan sat ja cam org len....rupa2nya....dh 12 jam aku menanggung kesakitan....suami, mak n abh....adik2, sedara mara gn jiran tetangga dh cuak dh coz x keluar2 lagi....hanya Allah yang tahu betapa sktnya time tu....xda lain yg diingatkan melainkan Allah, suami dan mak abah....aku x berhenti berdoa dan mengucap...manala tau ditakdirkan hayat ku takat tu ja....
Ntah brapa kali aku panggil misi coz skt sgt dh...dia kata jgn teran aku ckp x...tapi mcm dh nk brsln sgt dh...perut ku cekang yg x kempis2...rasa cam nk meletup ja.....time tu baru buka 7 cm....arrrggghhhhhhh dh x tahan dh ni....akhirnya...depa putuskan aku emergency operate...lega rasanya dgr...misi tanya nk tunggu husband ka x ntuk sign brg sbb kat luar husband aku xdak dia balik rmh sat depa call pun xdapat....aku buat keputusan sndiri ntuk sign jer tanpa tunggu coz dh x tahan sgt dh.....
Akhirnya pada mlm yg dingin...baru lepas hjn agaknya....aku ditolak ke dewan bdh yg terletak dibangunan sebelah....tera nk sampai mmg mencabar nk kena naik lif plak....hohoho...dh la berdebar....ya Allah.......first time msk dwn bedah...tgk lampu yg cam kat tv tu....perggghhh dup dap dup dap jntg berbunyi.....dh tu apa lagi bermulalah prosedurnya....aku dibiuskan separuh sedar....soalan yg ditanya dktr buat aku x lupa....first dia srh angkat kaki mmg tersa hbs angkat la walaupun berat pastu dia tanya ada rasa skt x...aku dpt agak dh...mesti sdh ditores...hehhehe.....huhuhu..... time anakku nak dikeluarkan mmg terasa perutku di main2...
Aku berasa sungguh cpt proses tersebut x lama lepas tu terdengar tangisan...haaaaahhh akhirnya...bayiku slamat dilahirkan...misi tunjukkan kat aku mmg nampak pucat maybe sjk kot....pastu dia tunjuk jantina hehehhe baby pompuan....alhamdulillah....cukup sifat semua....
Ni apa yg aku compile kan untuk tatapan dan info sedikit sebanyk tentang cesarean
first sblm dibedah doktor akan bagi epidural dulu...ni dia apa yg dikatakan epidural tu....
Epidural merupakan ubat penahan sakit yang di berikan kepada mereka yang bersalin cesarean. Tapi bagi yang bersalin normal juga boleh memilih untuk mengambil epidural jika mereka membuat pilihan ini selepas berbincang dengan doktor. Epidural biasanya di berikan di bahagian belakang badan bagi menghilangkan sakit sewaktu proses bersalin cesarean dan merupakan bius separuh badan dari pinggang ke bawah hhuhuuuu.......mmg suspend ler takut....time tu nurse kat doktor ntah suruh dakap bantai pastu lembutkan pinggang and then mau tau la dia wat pa.....
Bersalin secara cesarean
Jika anda mengambil epidural atau spinal untuk pembedahan cesarean, doktor anda akan memberi morfin untuk melegakan kesakitan untuk sehingga 24 jam. Setengah doktor akan membiarkan epidural berterusan selama 12 ke 24 jam selepas pembedahan untuk memberikan anda ubatan yang diperlukan. Apabila sistem regional analgesia anda tidak lagi memberi kelegaan kepada kesakitan, anda akan diberi ubat sakit sistemik iaitu pil yang mengandungi narkotik.
Anda akan merasa penat dan loya selepas pembedahan. Loya akan berlarutan sehingga 48 jam, tetapi anda akan diberi ubat untuk melegakan ketidakselesaan anda. Ramai juga yang akan berasa gatal terutama mereka yang menerima narkotik ketika epidural atau spinal. Jika ini berlaku beritahu doktor anda dan anda akan diberi ubat untuk melegakan rasa gatal tersebut
Jika anda bercadang untuk memberi susu badan, anda boleh mulakan selepas bersalin. Minta jururawat menunjukan cara penyusuan posisi ‘side-lying’ atau mengunakan ‘football hold’. Ini tidak akan memberi tekanan kepada tempat bedahan anda.
Anda mungkin akan berasa kebas dan sakit ditempat bedahan dan parut akan timbul sedikit, membengkak dan gelap dari kulit asal anda. Bersin, batuk dan lain-lain lagi yang menyebabkan tekanan pada kawasan perut akan menyebabkan anda berasa sakit pada mulanya. Tetapi lama-kelamaan anda akan berasa semakin baik dari hari ke hari.
Seperti mereka yang bersalin secara normal anda juga akan mengalami lelehan darah dari kemaluan (lochia) yang mengandungi darah dan tisu-tisu yang melekat pada dinding rahim anda. Jururawat anda juga akan mengajar anda untuk batuk atau senaman pernafasan untuk mengembangkan paru-paru dan membuang cecair yang terkumpul. Ini mengurangkan risiko pneumonia. Pastikan anda menggunakan tangan atau bantal untuk menyokong tempat bedahan apabila anda batuk(bersin atau ketawa juga).
Anda mungkin mengalami masalah angin 2 hari pertama. Angin terjadi kerana usus adalah lemah selepas pembedahan. Bangun dan bergerak akan membantu sistem penghadaman bergerak semula. Jika anda berada dalam keadaan sangar tidak selesa, ubat yang mengandungi simethicone akan diberi untuk mengeluarkan gas. Simethicome adalah selamat diambil ketika penyusuan badan.
Anda digalakkan untuk bangun dari katil pada hari pembedahan atau pada keesokan harinya. Tetapi jangan mencubanya seorang diri, pastikan jururawat berada dengan anda untuk kali pertama. Benarkan darah mengalir di kaki dengan cara mengerakkan kaki anda, memusingkan sendi dan bergerak atau meregangkan kaki anda. Pada hari kedua, anda perlulah berjalan sedikit dengan bantuan seseorang. Ini menolong pengaliran, membuat usus kurang lemah dan mengurangkan risiko berlaku darah beku. Bergerak adalah penting untuk anda pulih.
Selepas 3 ke 4 doktor mungkin akan menanggalkan sutures atau kokot. Hanya mengambil masa beberapa minit dan akan berasa sedikit cubitan tetapi tidak sakit.
Anda mungkin memerlukan ubat tahan sakit untuk beberapa minggu selepas pembedahan. (Jika anda menyusu badan jangan mengambil aspirin atau dadah yang mengandungi asid acetylsalicylic).
Minum dengan banyak supaya anda tidak mengalami sembelit. Jumpa doktor sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan termasuk kemerahan atau membengkak di tempat bedahan atau demam walaupun tempat bedahan kelihatan baik.
Pendarahan dan lelehan patut berhenti walaupun mengambil masa sehingga 6 minggu. Ia sepatutnya beransur tukar dari warna merah kepada merah cair dan kuning keputihan. Jika pendarahan seperti period berterusan selepas 4 hari atau datang semula selepas berkurangan hubungi doktor anda.
Anda perlu mendapatkan rehat yang mencukupi semasa di rumah. tetapi anda juga perlu bangun dan berjalan-jalan namun jangan keterlaluan. Mulakan secara perlahan-lahan dan tingkatkan aktiviti anda berperingkat. Elakan mengangkat benda berat lebih dari bayi anda untuk selama 8 minggu.
Dalam 6 ke 8 minggu dengan kebenaran doktor, anda akan boleh mula melakukan senaman yang sederhana. Ia mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk kembali ke bentuk asal.
Parut akan kelihatan timbul sedikit, membengkak dan gelap dari kulit asal anda, tetapi ia akan mengecut dalam masa 6 minggu. Bedahan adalah sepanjang 4 ke 6 inci panjang dan 1/8 inci besar. Apabila tempat bedahan semakin pulih, warna parut akan menghampiri warna asal kulit dan mengecil menjadi 1/16 inci besar.
BILA YANG BOLEH MANDI TU....
Mandi selepas bersalin cesarean ada dua cara - bergantung kepada bagaimana luka anda dijahit.
1. Kalau luka anda dijahit dibahagian luar (cara nak tahu… kat bahagian tepi kiri dan kanan diletakkan pin macam butang, dan anda diminta untuk datang ke hospital seminggu selepas pembedahan untuk membuka butang) - maka anda hanya boleh mandi selepas butang dibuka.
2. Kalau luka anda ditutup dengan gam, biasanya selepas keluar dari hospital dah boleh mandi.
Tak kiralah cara jahitan jenis 1 atau 2, sebaiknya sebelum anda discharge dari hospital tanyalah doktor bilakah anda boleh mula mandi untuk kepastian. Juga, pastikan luka cesarean dikeringkan dengan pengering rambut setiap kali selepas mandi tapi aku lap jer dgn kain huhhu....dh xdak pengering rmbt nak wat camna....bedal je la.....
Mandi selepas bersalin sangatlah penting kerana:
1. Untuk bersihkan badan. Selepas bersalin banyak daki keluar dari kulit. Bagi yang ada pengalaman bersalin sebelum ni pasti tahu… memang berdaki lah badan tu
2. Untuk segarkan badan - ya… kalau tak mandi, he…he… berbau busuk lah nanti
3. Mandi juga dapat membantu agar anda pulih dengan lebih cepat. Sebab selepas mandi terasa lebih segar, bila rasa segar minda rasa lapang. Hatipun lebih gembira.
BERTUNGKU.....
Bertungku sewaktu didalam pantang selepas bersalin
Amalan bertungku sebenarnya penting bagi ibu selepas bersalin, termasuk lah mereka yang bersalin cesarean. Tujuannya untuk menghangatkan badan, membuang angin, mengecutkan urat yang telah kembang sewaktu tempoh hamil dan bersalin, serta membantu melancarkan perjalanan darah darah nifas.
Waktu bertungku biasanya boleh dilakukan pada bila-bila masa, tidak kiralah waktu pagi, petang atau malam. Sebaiknya dilakukan setiap kali selepas mandi dan sekerap yang boleh sepanjang tempoh berpantang. Mulakan bertungku sebaik saja anda kembali kerumah dari hospital dan dilakukan setiap hari sehingga habis tempoh 44 hari pantang bersalin.
Cara-cara bertungku :
• Boleh dilakukan sambil berbaring atau sambil duduk. Mana-mana yang sempatlah. Almaklumlah, bagi mereka yang sudah bersalin beberapa kali dan perlu berpantang seorang diri pasti tahu bagaimana sukarnya menguruskan diri, anak-anak dan baby.
• Bahagian yang perlu ditungku - bahagian bawah payu dara dan perut, bahagian pinggul, paha, punggung, bahagian ari-ari, tapak kaki dan tumit. Kawasan yang perlu dielakkan ialah dibahagian luka pembedahan / cesarean. Jadi, anda tidak perlu bertungku di bahagian ini ye.
• Bagi yang menggunakan batu sungai, anda boleh panaskan beberapa biji batu setiap kali ingin bertungku. Balut batu dengan kertas surat khabar dan kain yang tebal, dan letak tungku di bahagian yang saya sebutkan diatas. Sebaiknya diletakkan di beberapa bahagian badan serentak. Tapi hati-hati sewaktu bertungku ye.. sebab kalau batu terlebih panas, nanti terbakar pula tilam dan cadar anda.
• Bagi yang menggunakan tungku dari besi dan tungku moden, anda boleh meletakkan tungku secara bergilir-gilir dikawasan yang saya sebutkan diatas. Bagi tungku moden pula, anda boleh juga meletakkan beberapa helai daun pandan, daun lengkuas, daun mengkudu, daun sirih atau mana-mana daun herba didalam beg tungku moden sebagai aromatherapi. Daun yang diletakkan akan mengeluarkan bau yang harum apabila terkena panas tungku.
Aku plak bertungku ala kadar je maklumla xdak sapa tunggu time pantang tu nk kena wat sendiri...mana dgn anak lagi...dgn dok seriau perut lagi huhuhu....mmg sedih la time berpantang x mcm org len...tapi nak wat camna kena kuatkan smgt gak la....hmmm.....
MENGURUT
Seperti mana bertungku, mendapatkan rawatan mengurut juga penting walaupun selepas bersalin cesarean. Bagi rawatan mengurut, seelok-eloknya dapatkan rawatan dari bidan dan mereka yang berpengalaman dalam memberikan rawatan mengurut selepas bersalin. Almaklumlah, sekarang ni ada berbagai jenis tukang urut. Ada yang pandai urut untuk orang terseliuh kaki, urutan refleksologi, urut di spa dan dan dirumah urut.
Bagi mereka yang bersalin cesarean selalunya dirawat dihospital selama 3 ke 4 hari sebelum dibenarkan pulang kerumah kecuali bagi kes-kes tertentu yang memerlukan rawatan lanjut dari doktor. Sebaiknya anda mula mendapatkan rawatan mengurut pada hari ke 2 selepas kembali kerumah. Tujuan urut selepas bersalin ialah :
• untuk mengembalikan kesegaran badan
• membuang angin
• membetulkan urat yang tegang (part yang ni urut memang penting sebab selepas bersalin cesarean, urat-urat menjadi tegang kesan dari ubat bius yang diberikan sewaktu pembedahan)
• melancarkan perjalanan darah dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas
Jika anda tidak mendapatkan rawatan mengurut dengan segera, pasti badan akan sakit-sakit dan terasa berat serta susah untuk memusingkan badan sewaktu berbaring dan untuk bangun dari katil.
Seelok-eloknya, rawatan mengurut dilakukan diwaktu pagi sebelum mandi, dilakukan selama 3 ke 5 hari berturut-turut. Urutan bagi ibu bersalin sebenarnya adalah urutan yang lembut. Bahagian yang diurut pula adalah diseluruh badan, kaki, tangan dan kepala KECUALI bahagian perut bagi yang bersalin cesarean. Sememangnya perut tidak boleh diurut selepas bersalin cesarean bagi mengelak sebarang masalah kepada luka jahitan.
Biasanya urutan dilakukan dengan menggunakan minyak. Bagi sesetengah bidan, mereka membawa kelengkapan mengurut termasuk minyak dan bahan-bahan lain bersama mereka. Tetapi ada juga yang meminta agar anda menyediakan bahan-bahan untuk mereka. Jadi sebaiknya anda tanya bidan / tukang urut terlebih dahulu sebelum mereka datang agar segalanya berjalan lancar.
Aku belum mengurut lagi...aku x pernah mengurt rasa cam takut ja....mak dgn suami urut sikit2 pun dh rasa sakit hehehhehe......penakut sebenarnya tapi teringin gak nk rasa camna huhuuu......
CARA MENJAGA LUKA
Tips dan Cara Menjaga Luka Cesarean
Bagi mereka yang bersalin cesarean, bahagian yang perlu dijaga ialah dibahagian luka kerana jika luka tidak sentiasa kering, kemungkinan untuk terkena jangkitan dan bernanah adalah tinggi. Proses penyembuhan juga akan mengalami kelewatan apabila luka terkena jangkitan.
Menjaga luka cesarean sebenarnya tidaklah susah. Cuma yang penting adalah disiplin didalam melakukanya disepanjang tempoh berpantang :
1. Setiap kali selepas mandi, keringkan bahagian luka pembedahan dengan pengering rambut (hair dryer). Ini penting agar luka sentiasa kering dan tidak terkena jangkitan kuman dan bernanah.
2. Cara yang paling efektif bagi mengeringkan luka cesarean ialah dengan MENGGUNAKAN PENGERING RAMBUT. Sekiranya anda menggunakan kipas angin, ia boleh menyebabkan luka bernanah dan terkena jangkitan kerana luka tidak betul-betul kering. Ditambah pula jika kipas angin tu penuh dengan habuk.
3. Di ikuti dengan menyapu ubat luka ke tempat pembedahan setiap kali sebelum memakai bengkung sebagai pencegahan supaya luka tidak bernanah. Dinasihatkan ubat luka disapu selama 30 hari atau sehingga cukup 44 hari berpantang. Ubat luka ini selain dibekalkan oleh hospital, anda juga boleh dapatkannya di farmasi.
4. TISU GULUNG digunakan untuk melapik bengkung sewaktu didalam tempoh berpantang selepas bersalin. Tujuannya bukan sahaja untuk mengelakkan bengkung dari kotor tetapi juga sebagai penyerap peluh terutama dibahagian pembedahan. Ini adalah salah satu dari cara tambahan untuk memastikan bengkung sentiasa bersih dan kering. Menggunakan tisu sebagai pelapik bengkung juga amat praktikal dibandingkan dengan menggunakan kain kerana ia boleh diganti dengan tisu baru yang bersih setiap kali selepas mandi dan hendak memakai bengkung semula.
5. Elakkan dari menyapu gel gamat di tempat luka. Jika anda ingin juga menyapu gel gamat, tunggulah sehingga luka sudah benar-benar kering atau 3 minggu selepas pembedahan. Jika andal menyapu gel gamat ini terlalu awal, ia boleh menyebabkan jangkitan dan melambatkan proses penyembuhan.
# Walaupun luka sudah sembuh dan kuat, sesekali anda akan terasa ngilu dibahagian parut luka terutama apabila melakukan kerja yang memerlukan anda mengangkat barang yang berat.
Bagi mereka yang bersalin cesarean, bahagian yang perlu dijaga ialah dibahagian luka kerana jika luka tidak sentiasa kering, kemungkinan untuk terkena jangkitan dan bernanah adalah tinggi. Proses penyembuhan juga akan mengalami kelewatan apabila luka terkena jangkitan.
Menjaga luka cesarean sebenarnya tidaklah susah. Cuma yang penting adalah disiplin didalam melakukanya disepanjang tempoh berpantang :
1. Setiap kali selepas mandi, keringkan bahagian luka pembedahan dengan pengering rambut (hair dryer). Ini penting agar luka sentiasa kering dan tidak terkena jangkitan kuman dan bernanah.
2. Cara yang paling efektif bagi mengeringkan luka cesarean ialah dengan MENGGUNAKAN PENGERING RAMBUT. Sekiranya anda menggunakan kipas angin, ia boleh menyebabkan luka bernanah dan terkena jangkitan kerana luka tidak betul-betul kering. Ditambah pula jika kipas angin tu penuh dengan habuk.
3. Di ikuti dengan menyapu ubat luka ke tempat pembedahan setiap kali sebelum memakai bengkung sebagai pencegahan supaya luka tidak bernanah. Dinasihatkan ubat luka disapu selama 30 hari atau sehingga cukup 44 hari berpantang. Ubat luka ini selain dibekalkan oleh hospital, anda juga boleh dapatkannya di farmasi.
4. TISU GULUNG digunakan untuk melapik bengkung sewaktu didalam tempoh berpantang selepas bersalin. Tujuannya bukan sahaja untuk mengelakkan bengkung dari kotor tetapi juga sebagai penyerap peluh terutama dibahagian pembedahan. Ini adalah salah satu dari cara tambahan untuk memastikan bengkung sentiasa bersih dan kering. Menggunakan tisu sebagai pelapik bengkung juga amat praktikal dibandingkan dengan menggunakan kain kerana ia boleh diganti dengan tisu baru yang bersih setiap kali selepas mandi dan hendak memakai bengkung semula.
5. Elakkan dari menyapu gel gamat di tempat luka. Jika anda ingin juga menyapu gel gamat, tunggulah sehingga luka sudah benar-benar kering atau 3 minggu selepas pembedahan. Jika andal menyapu gel gamat ini terlalu awal, ia boleh menyebabkan jangkitan dan melambatkan proses penyembuhan.
# Walaupun luka sudah sembuh dan kuat, sesekali anda akan terasa ngilu dibahagian parut luka terutama apabila melakukan kerja yang memerlukan anda mengangkat barang yang berat.
Ni adalah video cara pembedahan dilakukan sesapa yg x berani tu jgn la tgk noooo....just untuk share camna proses tu berlaku...aku sndiri tgk pun cam x caya ja aku melalui proses yg sama...huhhuuu.....
alamakkkkk..tgk video ni buat saye nak pengsan...probably i have to undergo czer jugak ni.....xtau cmne nak lalui... :(
ReplyDeleteTak jangka pun kena bersalin secara czer, sbb ank ke 3, tp disebabkan bb dah distress
ReplyDelete& dah berak dlm perut, so kena jugalah czer, good information, thank you for sharing this, jumpa page ni pun sbb luka czer dah kuar air bisa, but hope it is not too late
org haritu pun dekat hujung jahitan tu pun ada gak sikit cam berair...p farmasi mintak ubat sapu..bila dh sapu tu cam ok la...mmg leceh sikit la nk jaga...
Delete