Blogger Layouts

COLOUR OF LIFE

JIWA RAGAKU....

Daisypath Anniversary tickers

BUCUK MAMA!!!!!

Lilypie Second Birthday tickers

Followers

Wednesday, December 21, 2011

RoNdA - ROnDa KuaLa PeRLiS

Sabtu lepas aku bawa Batrisya jalan-jalan kat Kuala Perlis...saja nak cover coz aku g k.l 2 hari tinggai dia cian plak tu yg aku bawak ronda2 kat k.p...lagi pun aku pun dh lama x p...time bercouple dulu rajin ler...hehehe..ni ada beberapa pic aku nk share ntuk tatapan korang semua...sudi2 la tgk..hehehhe....




jalan sampai x larat dah...






Mama tumpang sekaki hehehehe....









Tgk tu anak dara ni....kaki dh langkah belah sana isk!! isk!! isk!!!








Tuesday, December 13, 2011

RoMantiKnya RumaH TanGGa Rasulullah....

Aku nak share satu artikel dalam majalah yang aku baca ni....manala tahu ada sesiapa yang belum baca atau belum tahu blh la tambah ilmu pengetahuan dan dijadikan amalan... Ianya mengenai Rasulullah yanga amat kita sayangi...mengenai rumah tangga Nabi S.A.W yang sangat romantis yang belum tentu kita mampu melakukannya..



BELAIAN KASIH


Romantiknya Nabi SAW tergambar dalam satu riwayat Ahmad berkata, "Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan Baginda  selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian." Ada kalanya romantisnya Nabi SAW sehingga Baginda sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya ke pangkuan isterinya seperti mana yang dilaporkan Aishah r.a dalam sahih Bukhari bahawa, "Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid."




AMALAN MANDI BERSAMA

Rasulullah pernah bermandi dengan isterinya. Dalam sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata bahawa,"Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq." Bolehkah kita melakukan hal yang sama seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW....betapa hebatnya peribadi Baginda.




MENGHANTAR ISTERI


Baginda pernah menghantar isterinya  ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah Binti Huyay sehinggakan Baginda berkata,"Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)."




MEMBANTU MENAIKI KENDERAAN

Nabi SAW juga turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa,"Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta Baginda. Kemudian Baginda menekukkan lututnya, lalu isteri Baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Baginda hingga naik ke atas unta." Dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari Perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya. Wah....kan best kalau para suami di luar sana boleh mencontohi Rasulullah...bahagia ja...




BERSIAR BERSAMA

Diceritakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa "Rasulullah apabila datang waktu malam, Baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya." Malah apabila baginda ingin keluar Baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan malam di rumah mereka sekiranya Aisyah r.a tidak diundang bersama.






MENYUAP MAKANAN KE MULUT ISTERI

Sahih Bukhari dan Muslim, sabda Nabi:"Sesungguhnya apa pun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isteri mu." Suami di luar sana ringan-ringankan la tangan anda untuk menyuap makanan ke mulut isterimu..x jatuh maruah kamu wahai suami..malahan dipandang mulia dan disenangi oleh isteri.





MINUM BERGANTIAN PADA TEMPAT YANG SAMA

Dari Aisyah r.a, dia berkata:"Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pd tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur ).




PANGGILAN MANJA

Rasulullah SAW pernah memanggil Aisyah dengan panggilan manja iaitu "Ya Humaira" yang bermaksud "Wahai si putih kemerah-merahan atau mawar merah." Ada kalanya Rasulullah SAW memanggil dengan singkatan manja, "Ya Aisy" yang bermaksud kehidupan ketika mana Baginda menyampaikan salam malaikat Jibrail kepada Aisyah r.a.




MENYEJUKKAN KEMARAHAN ISTERI DENGAN MESRA

Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yg menyesatkan." ( Hadis Riwayat Ibnu Sunni ).




Semoga kita boleh menjadikan dan mencorakkan rumah tanggan yang kita bina seromantis Rasulullah SAW dan kekal hingga ke akhir hayat....amin...


Wednesday, December 7, 2011

Luahan Hati...

Salam....

Dah lama aku x membebel kat sini...hujung tahun ni aku agak busy sikit dengan keja yg x putus2 walaupun aku bukanlah berpangkat tinggi...tapi aku bersyukur sekurang-kurangnya aku ada gak keja....kat luar sana punyala ramai yg x dpt keja...kesian...ramai yg berkelayakan tapi mungkin inilah yg dinamakan rezeki...


Aku sebenarnya nk luahkan sedikit rasa hati...kenapa apabila berpangkat besar sikit..dh mula rasa tinggi diri...sombong..atau yg seangkatan dengannya la... Aku pun heran...apa salahnya klau pangkat besar tapi ttp hormat dengan pekerja bawahan...x luak pun pangkat yg ada...org akan lebih rasa hormat dan pandang tinggi..


Semakin tinggi pangkat tetapi semakin berakhlak mulia akan lebih dikenang daripada pangkat tinggi tapi sentiasa dicemuh...hidup pun x bahagia...duit mmg la byk tapi ketenangan???? zero.... 


Apakah dengan menghina orang bawahan mereka berasa puas dengan pangkat yg mereka ada...hmmm....agaknya mereka lupa hidup ibarat roda kadang2 kita di atas adakalanya kita pasti di bawah...cuma masa dan Allah yang menentukan bilakah kita akan berada di mana....atas atau bawah


Apalah salahnya memahami apakah masalah pekerja bawahan bukan terus menghentam, diherdik sesuka hati tanpa mendengar penjelasan tanpa menyiasat dulu punca sebenar...hmmm...agaknya inilah nasib dan dugaan yang perlu di hadapi atau dialami oleh pekerja bawahan..bukanlah diminta disanjung tinggi melangit....bukanlah diminta pujian yang tak henti-henti tapi cukuplah diberi penghargaan dengan ucapan terima kasih, senyuman, berbudi bahasa, berakhlak mulia dan memahami.....


Ingatlah sesiapa sahaja yang berpangkat 

BESAR atau TINGGI!!!!! 


Cubalah untuk menjadi bos atau pegawai yang disukai, dihormati, disenangi dan disayangi oleh pekerja...bukan bos yang sentiasa dicemuh, diumpat, cakap x serupa bikin dan perangai yang x elok tu...


Wah panjang gak aku membebel alkisah bos dan pekerja ni...heheehee...bukan apa sekadar nk kongsi luahan rasa di malam hari ni...hehehe...Apa pun thanks coz sudi baca bebelan aku ni...









Tuesday, November 29, 2011

Segmen : JoM BloGwALKinG BerSaMa Eiqa Azra


Assalamualaikum.....


Aku di tag oleh Puan Eeiyss untuk join segmen ni...aku sahut cabaran Puan Eeiyss walaupun last minute dan tgh busy ni...aku luangkan masa sat...ahaks!!!!









Wokeh....aku nak tag sapa ye...k la...aku tag....



Tarikh tutup : 30 November 2011

Thursday, November 24, 2011

SEGMEN : CIK EiYDA NaK ReVIeW BLoG KoRanG !!!

 Wah!!!!! aku dapat tag lagi dari puan eeiyss ni....ok x pa kita try je..lagi pun cam x ssh sgt hehehehe!!!!!





SYARAT2NYA...







1) (WAJIB) Mempunyai blog...
     

    Ok....dah ada pun blog...




2) (WAJIB) Follow blog cik eiyda...

     Dah follow....yg ke 682 ahaks...





3) (WAJIB) Like page Ameiyda 140210...

     Dah like pun....





4) (WAJIB) Letak banner kat tempat korang...

    Yg tu pun dh settle...





5) (WAJIB) Link entry korang di ruangan komen cik eiyda....

    Dah letak...





6) (WAJIB) Tag 3 orang...make sure dorang tahu okey...

     Wokeh....sukacitanya nak tag....

 Puan Afzan

 Puan Sanisah

 Puan Sufi





7) (TAK WAJIB) Bagitau apa yang korang suka tentang blog cik eiyda...

       Hmmmm.... benda x wajib yeee....hehehe...nice blog, simple tapi menarik...







Mula : 20/11/2011 (3.00 petang)

Tamat : 30/11/2011 (5.30 petang)






Wednesday, November 23, 2011

GIVEAWAY...FRoM RuMaHWaRnAcOKLaT



Hmm....dapat tag from Puan Sanisah la plak.. ntuk join Giveaway from ... RuMAHWaRNaCoKLaT  

Mula tu cam x nak ja coz x pandai nk reka2 slogan nih....tapi pikir2 balik x salah try kan..so aku decide join je la...tapi jgn gelak tau klau cam x ok jer...



ALAM SEKITAR.....






Syaratnya...

Firstly kena jadi follower and dah pun jadi follower...

Secondly slogan yg kena dilengkapkan...slogan tersebut adalah...
"PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR, TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA KERANA...."
(tidak melebihi 15 patah perkataan)




Nih slogan yang aku buat....

"PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR, TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA KERANA MENJAGA ALAM CIPTAAN ALLAH IBADAT YANG TINGGI DARJATNYA"



Lastly nak kena tag 4 orang....hmmmm....sapa ye????? Lets check it out!!!

      Puan Afzan

    Puan Sufi

       Puan Aini

              Puan Yulinar


Tarikh tutup penyertaan adalah.....
6 Disember 2011 (Selasa)



Tuesday, November 22, 2011

CONTEST: LOVING COUPLE BY CIK SCHA




HAI....

Camna nk mula ntah....x pernah msk apa2 contest pun...ni first time...ahaks!!!! Apa tah lagi nk story about love love ni...aku plak bkn seorang yg romantik huhuhu..... x pala hentam sajala no...sesapa yg baca layan jela citer aku nih!!!

Aku x pernah bercouple2 ni...aku mengaku yang aku ni blh dikatakan seorang yang agak ketomboyan jugak la zaman2 remaja dulu...hehehhe.... aku jumpa dia after aku dok tunggu final result tahun 2004....hmmm!!!! Time tu aku bosan and aku saja suka2 keja dkt sebuah pasaraya kat umah aku...kebetulan dia pun sama.

First aku msk dia dh minta no. phone...Aku dh agak dia ni mmg playboy...aku mls lyn..tapi dia asyk kacau ja..aku pun bagi dgn x ikhlasnya...aku baca no aku dgn cepat giler dgn harapan dia x dpt tangkap..hehehe..tetapi telinga dia tajam...dia dpt hafal...isk!! isk!! isk!!

Aku dh agak...dia mmg nk wat koleksi no phone tu sbb x pernah call and dari citer bebudak kat situ...depa habaq yg dia ni ramai kwn pompuan and dh ada steady gf...dh nk bertunang pun...aku pun ok...x ksh la...

Entah camna dia x jadi bertunang...pastu dia baik dgn aku, time tu dh start call & sms...aku pun x pikir apa la ingat kwn2 ja...kami kluaq sama tapi rempit nek moto msg2 hehehehe.....tetiba ja rasa cam dh couple tanpa ada tarikh declare sebenarnya..jodoh kot...hahahha!!!

Persahabatan ini berlarutan hingga 2009 walaupun aku dh x bekerja di situ dan dia pun sama tapi hbgn kami kekal bertahan walaupun ada pasang surutnya dan byk halangan dan rintangan  yg kami dua saja yg tahu...Ini yg dikatakan jdh walaupun byk dugaan tapi jodoh kami kuat...kami bertunang pada tahun Januari 2009.

Parents msg2 xnak kami bertunang lama2 bincang punya bincang dah tetapkan bln 9 pada tahun 2009 pada awalnya..tetapi tarikh tersebut berubah lebih cepat....akhirnya...tarikh sebenar ditetapkan.....



Tarikh keramat 06.06.2009 telah menyatukan dua hati dengan ikatan perkahwinan yang suci
Aku telah selamat diijabkabulkan sebagai isteri kepada insan yang bernama.....
 ABDUL HALIM BIN MD AKHIR





Dalam bln 7 @ 8 aku telah disahkan mengandung...Alhamdulillah....Allah telah beri kami rezeki yang cepat untuk menimang cahaya mata...








Inilah dia hasil perhubungan yang suci murni dua insan yang pernah bercinta dan insyaAllah akan sentiasa bercinta dengan ikatan yang lebih berkat dan di redhai Allah...amin...


NUR LIYANA BATRISYA anak kesayangan kami berdua..



Blogger yang menjadi pilihan adalah....JENG!!!JENG!!!JENG!!!



Tarikh tutup 30.12.2011

















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...