Aku ada terbaca satu artikel dan nak share manala tau kot2 boleh di praktikkan, actually aku pernah try tapi x sepenuhnya la...coz xdak disiplin hehehe.... Klau berjaya kira ok la
~ Buat bajet bulanan untuk kenal pasti aliran tunai sebenar belanjawan pada akhir bulan. Kenal pasti
jumlah pendapatan atau sumber kewangan pada bulan tersebut dan jumlah perbelanjaan yang
akan digunakan. Catatkan semuanyadi dalam sebuah buku khas sebagai rujukan.
~ Teliti bajet anda dan bahagikan kepada beberapa kategori seperti barangan dapur, petrol,
pakaian, bayaran kereta dan rumah. Agar lebih efektif, anda dicadangkan menggunakan sampul
surat berlainan warna atau pun beg kecil2 tu pun boleh untuk setiap perbelanjaan atau kegunaan.
~ Contohnya barang dapur sampul merah dan barang anak sampul hijau. Perbezaan warna ini
akan membantu anda agar tidak mencampuradukkan perbelanjaan. Selain itu, anda juga perlu
melabel jenis kegunaan di sampul surat agar tidak tersalah ambil sampul.
~ Selepas itu, isi sampul dengan wang yang diperuntukkan dalam bajet mengikut kategori. Jangan
kurangkan atau lebihkan wang sebaliknya ikut bajet yang anda lakukan agar sistem ini berjaya
dilaksanakan.
~ Belanjakan wang yang diperuntukkan mengikut kategori sampul surat. Contohnya, untuk
pembelian barang dapur gunakan wang daripada sampul kategori barang dapur. Semak atau
teliti kategori sampul yang bukan keperluan seperti hiburan, anda boleh kurangkan bajet untuk
melunaskan hutang atau simpanan.
~ Setiap bulan adalah peluang baru dalam menyediakan bajet anda. Seterusnya ulangi langkah yang
sama untuk masa akan datang. Bagi anda yang masih baru mengaplikasikan sistem sampul, jangan
cepat putus asa jika ia tidak berjaya. Teruskan usaha dan disiplinkan diri anda.
TIP AGAR BERJAYA
JANGAN BAZIRKAN LEBIHAN WANG
Buang sifat boros, jika masih ada baki dalam sampul surat jangan habiskan tetapi simpan untuk kegunaan bulan depan dan hanya perlu tambah bagi mencukupi jumlah perbelanjaan sebulan. Lebihan wang secara keseluruhan, anda masukkan ke dalam simpanan tetap.
USAH CAMPUR ADUK PENGGUNAAN SAMPUL
INGAT!!! Satu sampul surat satu tujuan perbelanjaan. Jangan sesekali campur aduk pelbagai tujuan dalam satu sampul. Jika anda campur aduk, anda akan merosakkan teknik sampul surat ini. Jangan lebihkan atau kurangkan wang untuk pelbagai alasan. Disiplin ini akan membantu anda kekal pada bajet yang anda rancang.
SENTIASA PERIKSA BAKI
Anda mesti sentiasa peka dan memeriksa baki semasa wang di dalam sampul. Contohnya, sampul surat perbelanjaan barang dapur. Tindakan ini amat penting agar anda tidak terlebih belanja. Apabila anda mengetahui baki dalam sampul surat, anda juga perlu berhati-hati berbelanja agar bajet bulan tersebut tidak tersasar.
SIMPAN RESIT
Setiap kali membelanjakan wang, masukkan resit ke dalam sampul surat. Tindakan ini akan membantu anda mengesan ke mana wang anda mengalir. Ia juga membantu anda membandingkan harga.
kdg2 klu duit terlampau byk...x sempat nk letak dlm sampul dah ...kita kasi licin !!!
ReplyDeletehehehheehe....betui2!!!!
Deletehati kena kuat ni sbb kadang2 pyh juga nk istiqomah. apa2 tq atas infonya.
ReplyDelete