Dah lama aku x membebel kat sini...hujung tahun ni aku agak busy sikit dengan keja yg x putus2 walaupun aku bukanlah berpangkat tinggi...tapi aku bersyukur sekurang-kurangnya aku ada gak keja....kat luar sana punyala ramai yg x dpt keja...kesian...ramai yg berkelayakan tapi mungkin inilah yg dinamakan rezeki...
Aku sebenarnya nk luahkan sedikit rasa hati...kenapa apabila berpangkat besar sikit..dh mula rasa tinggi diri...sombong..atau yg seangkatan dengannya la... Aku pun heran...apa salahnya klau pangkat besar tapi ttp hormat dengan pekerja bawahan...x luak pun pangkat yg ada...org akan lebih rasa hormat dan pandang tinggi..
Semakin tinggi pangkat tetapi semakin berakhlak mulia akan lebih dikenang daripada pangkat tinggi tapi sentiasa dicemuh...hidup pun x bahagia...duit mmg la byk tapi ketenangan???? zero....
Apakah dengan menghina orang bawahan mereka berasa puas dengan pangkat yg mereka ada...hmmm....agaknya mereka lupa hidup ibarat roda kadang2 kita di atas adakalanya kita pasti di bawah...cuma masa dan Allah yang menentukan bilakah kita akan berada di mana....atas atau bawah
Apalah salahnya memahami apakah masalah pekerja bawahan bukan terus menghentam, diherdik sesuka hati tanpa mendengar penjelasan tanpa menyiasat dulu punca sebenar...hmmm...agaknya inilah nasib dan dugaan yang perlu di hadapi atau dialami oleh pekerja bawahan..bukanlah diminta disanjung tinggi melangit....bukanlah diminta pujian yang tak henti-henti tapi cukuplah diberi penghargaan dengan ucapan terima kasih, senyuman, berbudi bahasa, berakhlak mulia dan memahami.....
Ingatlah sesiapa sahaja yang berpangkat
BESAR atau TINGGI!!!!!
Cubalah untuk menjadi bos atau pegawai yang disukai, dihormati, disenangi dan disayangi oleh pekerja...bukan bos yang sentiasa dicemuh, diumpat, cakap x serupa bikin dan perangai yang x elok tu...
Wah panjang gak aku membebel alkisah bos dan pekerja ni...heheehee...bukan apa sekadar nk kongsi luahan rasa di malam hari ni...hehehe...Apa pun thanks coz sudi baca bebelan aku ni...
0 comments:
Post a Comment
JOM KOMEN APA YANG BOLEH!!!