Blogger Layouts

COLOUR OF LIFE

JIWA RAGAKU....

Daisypath Anniversary tickers

BUCUK MAMA!!!!!

Lilypie Second Birthday tickers

Followers

Thursday, November 10, 2011

TUNTUTAN KEBEBASAN SEKSUAL - PETANDA BALA ALLAH SEMAKIN HAMPIR!!!

Aku ada mendapat satu risalah yang aku rasa nk share untuk tatapan pembaca, just nak share ilmu mana yang baik sila ambil yang x elok jadikan sempadan.... so jom baca artikel tersebut....selamat membaca....

Apa sudah jadi dengan Malaysia sekarang ini? Negara yang agama rasminya Islam dan diperintah oleh umat Islam seolah-olah kaku apabila berhadapan dengan tuntutan melampau dari pengamal seks songsang tegar yang berusaha menghalalkan hubungan sesama jenis di negara ini.


Golongan-golongan songsang dan menyesatkan ini sememangnya tidak mempelajari dari sejarah silam bagaimana Allah S.W.T telah menurunkan bala dan siksa yang amat pedih terhadap golongan homoseksual, gay dan lesbian seperti mana bala yang ditimpakan ke atas penduduk kota Nabi Luth; Soddom, Gomorrah termasuk juga Kota Pompei dan Herculaneum. Terdapat dalam firman Allah yang menyatakan:

"Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati." (Yaasin:29)





Bukti bala Allah ke atas golongan homoseksual ke atas kota Pompei dan Herculaneum di Naples, Italy pada tahun 79 Masihi: Lava letusan gunung berapi Vesuvius telah memusnahkan kota tersebut dan menimbus golongan ini sehingga mereka keras menjadi batu.


Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Araf 81-84

Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: "Usirlah mereka (Luth dan pengikut-pengikutnya) dari kotamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri." Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikutnya-pengikutnya kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang menemui seseorang melakukan kaum Nabi Luth a.s. (liwat), bunuhlah peliwat dan mangsa liwat yang rela." - Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah.

Pengamal dan penyokong amalan songsang luar tabii ini terus berjuang menghalalkan seks songsang mereka tanpa segan silu kerana iblis dan syaitan telah berjaya menyesatkan mereka. Malah mereka merasa sudah terlalu kuat untuk mengugat institusi pemerintah dan institusi agama yang selama ini menjadi penghalang besar kepada kehendak mereka. Golongan songsang ini juga mendapat semangat apabila ada segelintir pemimpin Islam yang secara terang-terangan menyokong tuntutan mereka asalkan golongan songsang ini memberi sokongan dan undi politik kepadanya.

Jelas sekali tindakan 20 NGO's dan individu antaranya Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menanjur dan mempromosikan kebebasan seksual bagi golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) merupakan agenda Dajjal menghancurkan umat dan negara Islam!. Program Seksualiti Merdeka 2011 yang dirancang pada 1-13 November di Galeri Annexe, Pasar Seni Kuala Lumpur bertema "Queer Without Fear" juga merupakan tindakan biadsap dan tak takut dosa yang dilakukan oleh golongan sesat yang sengaja mencabar umat beragama. Dikhabarkan sudah empat tahun berturut-turut sejak tahun 2008 program ini bebas dianjurkan! Tindakan pantas polis membatalkan program ini amat tepat tetapi adakah puak seks songsang ini mematuhi larangan tersebut?

Kebebasan gaya hidup songsang yang dibanggakan akan mendedahkan masyarakat kepada pelbagai penyakit sosial. Program berbentuk kemungkaran kononnya berselindung di sebalik NGO's yang memperjuangkan 'hak asasi manusia' dan 'kebebasan sivil' ini wajar ditentang secara fisabilillah habis-habisan. Kebebasan bukan tiket untuk manusia bebas melakukan apa sahaja sehingga bertentangan dengan fitrah dan agama.

Penyokong puak seks songsang ini faham undang-undang tetapi malangnya akibat nafsu liar, tanpa iman dan rasa malu, nikmat seks lubang jubur juga yang digilai. Binatang yang tiada syariat pun tahu memilih mana jantan dan betina. Tidak dinafikan hanya puak songsang yang sanggup bermati-matian menyokong puak songsang kerana hanya mereka sahaja yang faham naluri seks songsang kaum mereka. Politik digunakan semaksimum mungkin untuk alat melampiaskan gelojak mereka. Isu kebebasan seksual turut dipergunakan sebagai salah satu alat musuh-musuh Islam menggerakkan perubahan menyeluruh (total change) bagi menghapuskan teras-teras ummah selama ini.

Janganlah sampai kemurkaan Allah terhadap perbuatan mungkar puak ini menyebabkan Malaysia ditimpa pelbagai bala akibat ummahnya sengaja membiarkan maksiat terus berleluasa. Lihatlah bagaimana Bangkok dan sekitarnya yang terkenal sebagai kotaraya seks kini berdepan dengan banjir terburuk dalam sejarah. Tak lama lagi Malaysia juga akan menghadapi banjir besar, kita tak tahu entah bagaimana rupanya banjir itu nanti. Ingatlah peringatan Allah S.W.T;

"Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggemparkan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pulak yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendri." Al-Ankabut ayat 40 Allah SWT;

Surah Ar-Rum ayat 41 pula bermaksud: 

"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki supaya manusia merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar)."

Adakah ummah tidak rasa bersalah, malu dan berdosa akibat onar yang dilakukan oleh puak seks songsang ini. Ingatlah, bala Allah menimpa manusia tidak kira siapa. Adakah kita boleh menjamin jika kita mati nanti kita boleh terus masuk syurga atas alasan kita ini orang baik-baik dan sering beramal. Tetapi kita lupa ketika masih hidup kita sengaja membiarkan kemaksiatan berleluasa di sekeliling kita kerana berpendapat itu tanggungjawab dan salah dasar pemerintah selama ini. Hadis Rasulullah s.a.w;

"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tanganmu, jika kamu tidak mampu maka cegahlah dengan lisanmu dan jika kamu tidak mampu juga maka cegahlah dengan hati. Dan itulah selemah-lemahnya iman". (Hadis Riwayat Imam Muslim r.a)

Tiada maknanya kita begitu garang menentang persembahan artis gay Adam Lambert dan Elton John di Malaysia sebelum ini tetapi bacul membiarkan anasir-anasir penyokong gejala seks songsang ini berleluasa dalam masyarakat kita. Ayuh teruskan berjihad menentang kemungkaran....


ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!


Sumber: Risalah Al-Haq




0 comments:

Post a Comment

JOM KOMEN APA YANG BOLEH!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...